Thursday, November 18, 2010

Ya ALLAH Ya KARIM Ya AWWAL Ya AAKHER Ya MUJEEB

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Friday, October 29, 2010

Kursus Imam Bilal Makmum

Kursus Imam Bilal Makmum 241010.zip

ATAU

http://www.4shared.com/file/E9pRqkaE/Kursus_Imam_Bilal_Makmum_24101.html

Friday, October 22, 2010

6 perkara Allah sembunyikan ....

....Muhammad Sharipuddin bin Ab Rahman/ICT/HQ/MMEA....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla h malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

....kiriman Hj Zulkiflee bin Hj Saim....

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

Friday, October 8, 2010

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
* Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?


2. ..Sex.....
* Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ..Smoke....
* Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....

4. ....Sport...
* Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun..
* Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert..... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
* Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi ......

7...Fashion....
* Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food.
* Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

D A H U L U K A N K E P E N T I N G A N ALLAH....

Bagaimana Transaksi Wang Haram?

Bagaimana Transaksi Wang Haram?

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali Lagi






Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.


Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.




Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.




Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.




Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.




Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.




Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”




Inilah puasa yang hakiki..




Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Tuesday, June 15, 2010

TIP SELEPAS KEMALANGAN ....ikhsan 'sam'

*“Selepas Kemalangan dan ketika membuat tuntutan”*

1. *Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful. *
Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan urusan selalunya melalui pihak bengkel.
Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.

2. *Dapatkan bengkel yang terbaik. *
Ini adalah peringkat yang sedikit “*tricky*”, kerana ia tidak akan diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan disini.
Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh.Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat ini.

3. *Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses tuntutan,*
seperti;

1. Laporan polis
2. Kad pengenalan pemandu
3. Lesen pemandu
4. Kad pendaftaran kenderaan
5. Cukai jalan

4. *Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak takaful.*
Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel. Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel.

5. Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama sewajarnya.

6. Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.

7. Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di bawah;

1. Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
2. Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara berikut;

1. Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.

2. Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang terbaik dalam melakukan proses pembaikan.



>>>>Hanya jauhari yang mengenal manikam!

Tuesday, May 11, 2010

25 ways to clean with vinegar

The cleaning aisle at just about any grocery store is stocked with a dizzying array of options—and when it comes down to it, there are a lot of expensive, toxic, superfluous products crowding the market. Chances are, you already have one of the best, all-purpose cleaning agents in your pantry: white vinegar. As noted earlier, vinegar actually works as a great laundry booster, stripping away the chemical build-up that detergent leaves behind (and gets rid of clingy odors in the process). And beyond that, there are tons of other applications for the stuff around your home. Here, from vinegartips.com and frugalfun.com, 25 ideas for making the most of vinegar:

1. Deodorize the sink: Pour 1 cup baking soda, followed by 1 cup hot vinegar, down the drain. Let sit for at least 5 minutes, then rinse with hot water.

2. Deodorize the garbage disposal: Make ice cubes out of vinegar. Run the disposal with a few vinegar ice cubes and cold water.

3. Clean countertops: Wipe down surfaces with a rag dipped in vinegar.

4. Clean the fridge: Use a mixture of half water, half vinegar to wipe down the interior shelves and walls.

5. Remove soap build-up and odors from the dishwasher: Once a month, pour 1 cup of vinegar into an empty dishwasher and run the machine through its entire cycle.

6. Bust oven grease: If you’ve got grease spots on the oven door, pour some vinegar directly on the stains, let it sit for 15 minutes, and wipe away with a sponge.

7. To make old glassware sparkle: To get rid of the cloudy effect, wrap a vinegar-soaked towel around the glass and let it sit. Remove and rinse with hot water.

8. Get rid of lime deposits on your tea kettle: Fill the kettle with vinegar and let it boil. Allow it to cool, and rinse with water.

9. Remove stains in coffee cups: Create a paste using of equal parts vinegar and salt (or in lieu of salt, baking soda) and scrub gently before rinsing.

10. Treat Tupperware stains (and stinkiness): Wipe the containers with a vinegar-saturated cloth.

11. Remove stains on aluminum pots: Boil 1 cup vinegar and 1 cup water.

12. Deter ant infestations: Spray outside doorways and windowsills, and anywhere you see a trail of critters.

13. Clean can openers: Scrub the wheel of your can opener with vinegar using an old toothbrush.

14. Remove stickers or labels: Cover the sticker with a vinegar-soaked cloth. Let it sit overnight—it should slide right off by morning.

15. Shine porcelain sinks: A bit of vinegar and a good scrub should leave them sparkling.

16. Clean grout: Pour on some vinegar, let it hang out for a few minutes, and buff with an old toothbrush.

17. Clean the shower door: Spray them down with vinegar pre-shower, or post (after you’ve squeegeed the glass) to remove hard water deposits.

18. Clean a grimy showerhead: To get rid of scum, fill a Ziploc with ½ a cup of baking soda and 1 cup vinegar and tie it around the showerhead. Let it sit for an hour, until the bubbling has stopped. Remove the bag and run the shower.

19. Make a toilet sparkle: Pour in a cup or two of vinegar and let it sit there overnight before scrubbing with a toilet brush.

20. Polish linoleum floors: Add 1 cup of vinegar for every gallon of water you use to wash the floor.

21. Clean paintbrushes: Soak paintbrushes for an hour before simmering them on the stove to remove hardened paint. Drain and rinse.

22. Clean grills: Spray vinegar on a ball of tin foil, then use it to give the grate a firm scrub.

23. Disinfect wood cutting boards: Wipe down wood boards with a wash of vinegar.

24. Clean the microwave: Fill a microwave-safe bowl with 2 cups water and ½ cup vinegar. Heat it on full power for 3-4 minutes until it comes to a boil. Keep the door closed for a few minutes longer to let the steam fill the microwave, loosening the grime. Remove the bowl (carefully!) and wipe down interior walls with a sponge.

25. Polish patent leather accessories: Give them a rub with a vinegar-soaked cloth. Buff with a dry cloth.

Monday, May 3, 2010

Upah Haji dan Haji Badal

Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal. “Badal” bermakna “ganti” atau “alternatif”.



Untuk memahami hukum dan perlaksanaan Haji Badal, kita terlebih dahulu harus mengetahui hukum asal Haji dan Umrah bagi orang yang masih hidup.

Hukum Haji dan Umrah

Erti Haji ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) dalam Bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Saie, Wuquf dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.



Erti Umrah ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf, Saie dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Hukum Haji dan Umrah

Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.

Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196). Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97). Erti Berkemampuan

Erti berkemampuan ialah :

(i) berkuasa dengan sendiri, atau

(ii) berkuasa dengan pertolongan orang lain.



Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.



Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :

(i) Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.

(ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji.

Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.

Hukum Haji Badal

Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur.



Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw

dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).



Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).



Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Pahala Haji Badal

Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.



Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).



Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).

Haji Badal bagi orang yang masih hidup Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”. Sabda Rasulullah saw, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihak ibumu”. Dari dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan Haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah saw bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan Haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah saw, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah saw, “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang Haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”).



Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan Haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan Haji tersebut bagi pihaknya.

Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya.

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”.



Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.



Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Seseorang tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan Haji untuk dirinya. Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan Haji untuk Syubrumah lalu bersabda, “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab, “Saudaraku”. Nabi saw bertanya, “Adakah engkau telah mengerjakan Haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab, “Belum”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kerjakan Haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah).

Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.

Kesimpulan

Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.

Disediakan oleh :

Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah

B.A. Peng. Islam & Bah. Arab (Al-Azhar), G.D. (Kaherah), B.E. (Queensland)Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M

Tel : 019 – 678 0000 (Malaysia), 00 – 966 – 503 508 007 (Saudi Arabia)



Pejabat Urusan Haji, Umrah, Ziarah, Haji Badal, Korban di Tanah Suci dll :

C – 1.7 Flat UDA Ampangan, Seremban, NS. Tel : 06 – 764 4494 / 764 0010 (pej – Haji Azhar / Puan Akhma)

Rujukan

1. Al-Qira li Qasid Ummi Qura oleh Al-Hafiz Abi Al-Abbas Ahmad bin Abdullah Muhibuddin At-Tabary (615 – 694H) m/s 80 – 88.
2. Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah oleh Lembaga Tabung Haji cetakan 2003.

Wednesday, April 21, 2010

Monday, March 29, 2010

antara usaha dan ikhtiar dalam mengatasi masalah anak-anak yang Nakal, Degil dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman di Darussyifa’ yang sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah :
1. membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
2. Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Saturday, March 13, 2010

AnakKu Yang Ke-Empat...Muhammad Amirul Haziq..

12 Mac 2010...hari yg bertuah lagi berkat ini telah merekodkan kejadian bersejarah buat kesekian kalinya di dalam hidup ini... maka dengan penuh rasa syukur dan senang hati telah ditakdirkan akan kelahiran anak ke 4 buat aku dan keluarga... jutaan terima kasih untuk ister tercinta...atas pengorbanan selama ini...moga2 bertambahnya keanggotaan di dalam salasilah keluarga kita dapat menambah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah swt... harapan dan doa semoga zuriat yang dikurniakan dapat menjadi saham akhirat(kebajikan) untuk kita sekeluarga... "indah nya hidup ini"...The Zikr

Thursday, March 11, 2010

himpunan telahan qasturisyurgawi88

qasturisyurgawi88 (30/1/2010 3:58:55 PM): Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

qasturisyurgawi88 (30/1/2010 3:58:00 PM): Ya Allah..Kau permudahkanlah pembelajaran temanku ini, agar dia bisa mencelup bjuta ilmuMU. KAU tenangkan mindanya, agar dia bkayuh di atas bumiMU sbaik yg mungkin, KAU sucikan hati dan fikirannya, agar dia bisa menghafaz ayat2 kitabMU, KAU jauhkan zahir dan batinnya dari maksiat, agar dia merasai btapa manisnya hidup bersama ILAHI...

qasturisyurgawi88 (11/3/2010 3:30:24 AM): Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yg terbaik kerana hidup tidak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuhi insani.

qasturisyurgawi88: " Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya DIA akan membuka jalan keluar baginya. Dan DIA memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.." (At-Talaq : 2-3)


qasturisyurgawi88: Amal Hayati: manusia mudah alpa pada prbuatan dan kata-katanya...manusia mudah marah dan kecil hatinya.....namun manusia jugalah yg berusaha unt memperbaiki kesilapan dan kesalahandirinya...itulah tandanya bahawa manusia itu baharu sifatnya..boleh berubah dan diubah.Allahjua lah yng kekeal abadi selama-lamanya..hanya dgn cubaan,dugaan,rintangan yng menjadikan kita insan yng kuat dan tabah bg yng berjaya menghadapinya....


qasturisyurgawi88 (29/6/2009 1:09:48 AM): Kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan… kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan… kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tak dapat lari dari KESILAPAN… SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah…jangan putus asa dalam melakukan kebaikan..


qasturisyurgawi88 (26/6/2009 7:44:18 PM): Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuatkan orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan Sesungguhnya..dengan hanya sekuntum senyuman mampu menyembunyikan seribu kedukaan..senyumlah demi mengembirakan hati orang lain.

Wednesday, March 10, 2010

doaku lagi...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana, Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, Jika aku jatuh hati pada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah Ya Tuhanku, Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin...

doaku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Oh, Tuhan! seandainya telah Kau catatkan dia milikku,
Tercipta untuk diriku, Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan

Ya, Allah! Kumohon apa yang telah Kau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, Yang Maha Pemurah...
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Kupasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta
yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan kusendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Kuinginkan bahagia di dunia dan Akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Amin...

setelah kita ditakdirkan bersama....

Puisi Untuk Abang...bhg 5

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.

Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
kisah perpisahan.

Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
Walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.

Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau intranet
Memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

“Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.

Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.

Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi
derita yang datang.

Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.

Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.

Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.

Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.”

....End..

Puisi Untuk Abang...bhg 4

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?

Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?

Kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan.

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah...

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita drp amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "


....samb

Puisi Untuk Abang...bhg 3

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?

Jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.


...samb

Puisi Untuk Abang...bhg 2

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya.

Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?

Semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...

Permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.

Jesteru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dgn berhati-hati bertegas tapi jgn
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama,

bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."


...samb

Puisi Untuk Abang...bhg 1

Kata pujangga perempuan bagaikan angin...
Lembutnya melenakan,
Ributnya menggusarkan...

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dlm kehidupan yang sementara ni
bahagia dan derita kita sangat berkait dgn mereka.


Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?

Andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?

Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,
apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar...

" Sayang abang tak ulang lagi "

katakan " Sayang....abang alpa "

bisikkan " Darling.. I lupa.."

hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi...kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.

Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

...samb

Puisi Untuk Abang...

Kata pujangga perempuan bagaikan angin...
Lembutnya melenakan,
Ributnya menggusarkan...
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih,
menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai,
minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya,
merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dlm kehidupan yang sementara ni bahagia dan derita kita sangat berkait dgn mereka.


Psst....

Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga,
tajamkan pendengaran,
amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,
berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,
perhaluskan kata,
perindahkan bahasa jinakkan perasaan,
hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?....

...cuba gunakan sentuhan,semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?....

...tunggu saja rajuknya reda,
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang......
buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Tolong Sampaikan pada Si-Dia

Tolong sampaikan pada si dia...

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibubapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibubapanya krn di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

AYAT-AYAT AMALAN

>>Saat anak2 bergaduh…

 Surah Al-Baqarah ayat 102



 102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya[79]. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.

 [76] Maksudnya: kitab-kitab sihir.
 [77] syaitan-syaitan itu menyebarkan berita-berita bohong, bahwa nabi Sulaiman menyimpan lembaran-lembaran sihir (Ibnu Katsir).
 [78] para Mufassirin berlainan pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang malaikat itu. ada yang berpendapat, mereka betul-betul malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti malaikat.
 [79] Berbacam-macam sihir yang dikerjakan orang Yahudi, sampai kepada sihir untuk mencerai-beraikan masyarakat seperti mencerai-beraikan suami isteri.

>>Supaya anak pandai belajar…

Surah Al-Anbiya ayat 79



 79. Maka kami Telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)[966]; dan kepada masing-masing mereka Telah kami berikan hikmah dan ilmu dan Telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan kamilah yang melakukannya.


>>Anak lembuat hati dan tidak panas baran…

Surah Al-Anbiya ayat 69


 69. Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim",

surah Al-Hasyru ayat 22-24



 22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
 24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


>>Anak2 malas sekolah…

 Surah Tho-ha ayat 1-5



 1. Thaahaa[912].
 2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
 3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
 4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
 5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy[913].

 [912] Thaahaa termasuk huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian daripada surat-surat Al Quran, ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian dari surat-surat Al Quran seperti: Alif laam miim, Alif laam raa, Alif laam miim shaad dan sebagainya. diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah Karena dipandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. golongan yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surat, dan ada pula yang berpendapat bahwa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para Pendengar supaya memperhatikan Al Quran itu, dan untuk mengisyaratkan bahwa Al Quran itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. kalau mereka tidak percaya bahwa Al Quran diturunkan dari Allah dan Hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, Maka cobalah mereka buat semacam Al Quran itu.
 [913] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.

>>Anak2 suka keluar malam…

 Surah Ar-Rum ayat 31 x33



 31. Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,

TIPS TANGANI ANAK NAKAL

1. Amalkan zikir……….. “Ya –Latif” x 7 ……………hembuskan di kepala anak ketika mereka tidur.

2. Bangun pagi peluk anak 3 x, usap kepala, berselawat dan niatkan yg baik2 utk anak.

3. Baca surah Al-Fatihah,


1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].
6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]

[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
[2] Alhamdu (segala puji). memuji orang adalah Karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya Karena perbuatannya yang baik. lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah Karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara. Lafal Rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah Pencipta semua alam-alam itu.
[4] Maalik (yang menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.
[5] Yaumiddin (hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.
[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat Ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
[9] yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.


…surah Tho-Ha 1-5,



1. Thaahaa[912].
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy[913].

[912] Thaahaa termasuk huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian daripada surat-surat Al Quran, ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian dari surat-surat Al Quran seperti: Alif laam miim, Alif laam raa, Alif laam miim shaad dan sebagainya. diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah Karena dipandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. golongan yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surat, dan ada pula yang berpendapat bahwa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para Pendengar supaya memperhatikan Al Quran itu, dan untuk mengisyaratkan bahwa Al Quran itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. kalau mereka tidak percaya bahwa Al Quran diturunkan dari Allah dan Hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, Maka cobalah mereka buat semacam Al Quran itu.
[913] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.


…..diikuti doa nabi Daud x 3
“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (nama anak) seperti mana engkau lembutkan Nabi Daud akan besi”
(………..hembuskan pada makanan @ minumannya……………)
4. Baca surah Ali-Imran ayat 200



200. Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

,.. banyakkan zikir

… “ya haiyuya qayyum”…
…”ya latif”…
…”ya rahman”…,

…surah Tho-ha ayat 1-8,


1. Thaahaa[912].
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy[913].
6. Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah.
7. Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, Maka Sesungguhnya dia mengetahui rahasia dan yang lebih tersembunyi[914].
8. Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. dia mempunyai Al asmaaul husna (nama-nama yang baik),

[912] Thaahaa termasuk huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian daripada surat-surat Al Quran, ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian dari surat-surat Al Quran seperti: Alif laam miim, Alif laam raa, Alif laam miim shaad dan sebagainya. diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah Karena dipandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. golongan yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surat, dan ada pula yang berpendapat bahwa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para Pendengar supaya memperhatikan Al Quran itu, dan untuk mengisyaratkan bahwa Al Quran itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. kalau mereka tidak percaya bahwa Al Quran diturunkan dari Allah dan Hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, Maka cobalah mereka buat semacam Al Quran itu.
[913] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.
[914] maksud ayat Ini ialah: tidak perlu mengeraskan suara dalam mendoa, Karena Allah mendengar semua doa itu walaupun diucapkan dengan suara rendah.


…surah al-rahman ayat 1-4



1. (Tuhan) yang Maha pemurah,
2. Yang Telah mengajarkan Al Quran.
3. Dia menciptakan manusia.
4. Mengajarnya pandai berbicara.


…dan surah al-insyirah.



1. Bukankah kami Telah melapangkan untukmu dadamu?,
2. Dan kami Telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. Yang memberatkan punggungmu[1584]?
4. Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu[1585],
5. Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. Maka apabila kamu Telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain[1586],
8. Dan Hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

[1584] yang dimaksud dengan beban di sini ialah kesusahan-kesusahan yang diderita nabi Muhammad s.a.w. dalam menyampaikan risalah.
[1585] meninggikan nama nabi Muhammad s.a.w di sini maksudnya ialah meninggikan derajat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah dalam kalimat syahadat, menjadikan taat kepada nabi termasuk taat kepada Allah dan lain-lain.
[1586] Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) Telah selesai berdakwah Maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu Telah selesai mengerjakan urusan dunia Maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: apabila Telah selesai mengerjakan shalat berdoalah.


5. Amalkan doa drpd surah Ali-Imran ayat 38 ketika mengandung.



38. Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".



6. Lepas solat amalkan doa daripada………..surah Al-Furqan ayat 74



74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

………surah Ibrahim ayat 40.



40. Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Tuesday, March 9, 2010

NASIHAT LUKMAN KEPADA ANAKNYA.

Kata Lukman kepada anaknya :
Wahai anakku ! Apabila engkau ingin mencari teman sejati maka ujilah terlebih dahulu dengan perkataan yang menaikan kemarahannya. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihati kamu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan dan jika bukan demikian, maka berhati-hati terhadapnya.

Perbaikilah tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.

Kata Lukman lagi:
Wahai anakku ! apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian dan menagih sanjungan daripada orang lain. Ini kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.

Usahakan agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri, dan jika engkau berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.

Janganlah engkau cenderung dan sibukkan dirimu kepada hal dunia semata-mata sehingga melupakan akhirat kerana engkau diciptakan oleh Allah bukannya untuk urusan dunia saja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

Pesan Lukman lagi :
Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan dan jangan menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan jangan engkau mensia-siakan harta duniamu.

Barang siapa yang penyayang sudah tentu ia akan disayangi, siapa yang suka berdiam diri tentu akan selamat daripada berkata-kata perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu ia akan menyesal.

Lukman seterusnya berkata:
Bergaullah dengan orang yang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata mereka kerana sesungguhnya akan sejuk hatimu apabila mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperolehi daripada mutiara kata-kata ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.

Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat. Jangan engkau tendang dunia ke bakul sampah, kelak dirimu akan menjadi pengemis yang membebenkan orang lain. Jangan engkau bertemankan orang bodoh serta orang yang bermuka dua kerana akan membahayakan diri engkau.

PROGRAM 3 : BIMBINGAN DAN DIDIKAN

OBJEKTIF :
Memberi kefahaman tentang kepentingan bimbingan dan didikan.

AKTIVITI :
1. ILMU AKIDAH, AL-QURAN, FARDU ‘AIN DAN AKHLAK MAHMUDAH.
Ibubapa bertanggungjawab mengajar anak-anak ilmu Aqidah, Al-Quran. Dan Fardu ‘Ain serta akhlak terpuji.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 1-2 :
• Maksudnya : “Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara: Cintakan Allah, Cintakan Rasulullah s.a.w. dan Cinta Membaca Al-Quran”.
Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin

2. KHATAM MUQADDAM.
Ibubapa hendaklah mendidik anak-anak membaca Al-Quran dan memastikan anak-anak diperingkat ini telah khatam muqaddam. Imam Ghazali berpesan dalam kitabnya Ihya’ Ulumidin supaya ibubapa mengambil berat terhadap anak-anak dengan mengajar Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang benar, barangsiapa meletakkan Al-Quran di hadapannya ia akan memandunya ke syurga dan barangsiapa meletakkan Al-Quran di belakangnya ia akan memandunya ke neraka”.
Riwayat Ibnu Hibban
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Didiklah anak kamu pada tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Kerana sesungguhnya orang-orang yang memelihara Al-Quran berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Allah beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.
Riwayat At-Tabrani

3. MENUTUP AURAT.
Ibubapa wajib mendidik anak berpakaian yang menutup aurat. Selain itu ia juga melatih dan mendidik anak-anak menjaga mata dan penglihatan daripada melihat yang haram dan maksiat.
Frman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30-31 :
• Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Ahzab ayat 33 :
• Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu”.

4. MEMISAHKAN TEMPAT TIDUR.
Ibubapa hendaklah memastikan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan yang telah berumur 7 tahun ke atas diasingkan di antara anak lelaki dan anak perempuan dengan ibubapanya.
Firman allah Taala dalam surah An-Nur ayat 58:
• Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, sesudah sembahyang Isyak itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

5. LATIHAN SOLAT DAN PUASA
Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 17 :
Maksudnya : “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang”.
FirmanNya lagi dalam surah Al-ankabut ayat 45 :

• Maksudnya : “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.
FirmanNya lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :
• Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”.

6. LATIHAN DOA HARIAN DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI.
Ibubapa hendaklah melatih dan membiasakan anak-anak memulakan segala perbuatan yang baik dengan doa seperti ketika bangun tidur, hendak masuk dan keluar bilik air, ketika memakai baju, bercermin, mengadap makanan, setelah makan, membaca buku, keluar rumah, hendak tidur dan lain-lain. Ini bertujuan mengingatkan diri kepada Allah setiap masa dan menambahkan keyakinan diri bahawa manusia tidak boleh mengelak daripada ilmu Allah seterusnya mengelakkan diri daripada penyelewengan.

7. MOTIVASI DAN NASIHAT SERTA TEGURAN DAN BIMBINGAN.
Adalah menjadi kewajipan ibubapa menggalakkan dan menasihati anak-anak supaya sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan bersopan santun samada kepada kawan atau lawan, menghormati orang yang lebih tua, dan sayang kepada yang lebih mudah sayang kepada binatang dan juga alam sekitar.
Ibubapa juga hendaklah menegur perbuatan atau percakapan anak-anak yang tidak baik dan tidak sesuai. Untuk itu, ibu bapa perlu melakukannya dengan menunjukkan contoh yang terbaik dari diri ibubapa itu sendiri. Segala nasihat atau teguran tidak akan berkesan jika ibubapa sendiri tidak menjadi contoh yang terbaik sebagaimana pepatah Melayu ada menyatakan “Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul” tetapi ibu ketam itu sendiri berjalan senget.
Syair Arab juga ada menyebutkan :
“Kalau tuan rumah sudah memukul gendang,
maka semua ahli keluarga akan turut berdansa”.

8. BELAIAN DAN KASIH SAYANG.
Tanggungjawab terhadap anak bukan setakat memberi makan, pakai, tempat tinggal serta kewangan, tetapi yang lebih penting dan utama ialah melayani mereka dengan penuh kasih sayang dan berkomunikasi dengan baik serta berlaku adil dengan mereka, serta tidak membohongi mereka dengan janji-janji yang tidak ditunaikan.
Ibubapa juga perlu ingat bahawa anak yang tidak mendapat kasih sayang yang sewajamya akan memberi nsiko yang tidak baik. Anak akan merasa murung, memberontak, kurang bertimbangrasa, tidak mesra dan berbagai-bagai sifat-sifat negatif yang lain dan jika ini disemai dalam diri sejak kecil ia akan menyumbang kepada masalah gejala sosial yang serius di dalam masyarakat akan datang.
Nabi s.a.w. pernah menegur orang yang tidak mempunyai kasih sayang terhadap anak-anak dengan sabdanya :
• Maksudnya : “Orang yang tidak punyai kasih sayang tidak akan dikasihi oleh Allah S. W. T.”
Riwayat Bukhari

9. HALAQAH MUHASABAH.
Ibubapa dan anak-anak hendak diperuntukkan satu waktu yang khas untuk melakukan muhasabah atau boleh juga dikatakan waktu untuk hati ke hati, samada mingguan, bulanan atau mengikut kesesuaian. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap ahli keluarga untuk mencurahkan perasaan yang terpendam atau masalah yang dihadapi dan bersama-sama berbincang untuk mencari jalan mengatasinya. Seterusnya ibubapa menilai diri meneka sendiri apakah tanggungjawab dan hak-hak yang wajib telah disempurnakan atau sebaliknya.

BEBERAPA KESILAPAN :
• Memberi nama yang tidak baik.
• Menyenahkan penjagaan anak kepada orang yang tiada asas agama.
• Menyerahkan penjagaan anak sepenuhnya kepada pembantu.
• Membiarkan anak membesar tiada mengetahui membaca Al-Quran.