Tuesday, March 9, 2010

PROGRAM 3 : BIMBINGAN DAN DIDIKAN

OBJEKTIF :
Memberi kefahaman tentang kepentingan bimbingan dan didikan.

AKTIVITI :
1. ILMU AKIDAH, AL-QURAN, FARDU ‘AIN DAN AKHLAK MAHMUDAH.
Ibubapa bertanggungjawab mengajar anak-anak ilmu Aqidah, Al-Quran. Dan Fardu ‘Ain serta akhlak terpuji.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 1-2 :
• Maksudnya : “Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara: Cintakan Allah, Cintakan Rasulullah s.a.w. dan Cinta Membaca Al-Quran”.
Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin

2. KHATAM MUQADDAM.
Ibubapa hendaklah mendidik anak-anak membaca Al-Quran dan memastikan anak-anak diperingkat ini telah khatam muqaddam. Imam Ghazali berpesan dalam kitabnya Ihya’ Ulumidin supaya ibubapa mengambil berat terhadap anak-anak dengan mengajar Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang benar, barangsiapa meletakkan Al-Quran di hadapannya ia akan memandunya ke syurga dan barangsiapa meletakkan Al-Quran di belakangnya ia akan memandunya ke neraka”.
Riwayat Ibnu Hibban
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Didiklah anak kamu pada tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Kerana sesungguhnya orang-orang yang memelihara Al-Quran berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Allah beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.
Riwayat At-Tabrani

3. MENUTUP AURAT.
Ibubapa wajib mendidik anak berpakaian yang menutup aurat. Selain itu ia juga melatih dan mendidik anak-anak menjaga mata dan penglihatan daripada melihat yang haram dan maksiat.
Frman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30-31 :
• Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Ahzab ayat 33 :
• Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu”.

4. MEMISAHKAN TEMPAT TIDUR.
Ibubapa hendaklah memastikan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan yang telah berumur 7 tahun ke atas diasingkan di antara anak lelaki dan anak perempuan dengan ibubapanya.
Firman allah Taala dalam surah An-Nur ayat 58:
• Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, sesudah sembahyang Isyak itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

5. LATIHAN SOLAT DAN PUASA
Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 17 :
Maksudnya : “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang”.
FirmanNya lagi dalam surah Al-ankabut ayat 45 :

• Maksudnya : “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.
FirmanNya lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :
• Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”.

6. LATIHAN DOA HARIAN DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI.
Ibubapa hendaklah melatih dan membiasakan anak-anak memulakan segala perbuatan yang baik dengan doa seperti ketika bangun tidur, hendak masuk dan keluar bilik air, ketika memakai baju, bercermin, mengadap makanan, setelah makan, membaca buku, keluar rumah, hendak tidur dan lain-lain. Ini bertujuan mengingatkan diri kepada Allah setiap masa dan menambahkan keyakinan diri bahawa manusia tidak boleh mengelak daripada ilmu Allah seterusnya mengelakkan diri daripada penyelewengan.

7. MOTIVASI DAN NASIHAT SERTA TEGURAN DAN BIMBINGAN.
Adalah menjadi kewajipan ibubapa menggalakkan dan menasihati anak-anak supaya sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan bersopan santun samada kepada kawan atau lawan, menghormati orang yang lebih tua, dan sayang kepada yang lebih mudah sayang kepada binatang dan juga alam sekitar.
Ibubapa juga hendaklah menegur perbuatan atau percakapan anak-anak yang tidak baik dan tidak sesuai. Untuk itu, ibu bapa perlu melakukannya dengan menunjukkan contoh yang terbaik dari diri ibubapa itu sendiri. Segala nasihat atau teguran tidak akan berkesan jika ibubapa sendiri tidak menjadi contoh yang terbaik sebagaimana pepatah Melayu ada menyatakan “Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul” tetapi ibu ketam itu sendiri berjalan senget.
Syair Arab juga ada menyebutkan :
“Kalau tuan rumah sudah memukul gendang,
maka semua ahli keluarga akan turut berdansa”.

8. BELAIAN DAN KASIH SAYANG.
Tanggungjawab terhadap anak bukan setakat memberi makan, pakai, tempat tinggal serta kewangan, tetapi yang lebih penting dan utama ialah melayani mereka dengan penuh kasih sayang dan berkomunikasi dengan baik serta berlaku adil dengan mereka, serta tidak membohongi mereka dengan janji-janji yang tidak ditunaikan.
Ibubapa juga perlu ingat bahawa anak yang tidak mendapat kasih sayang yang sewajamya akan memberi nsiko yang tidak baik. Anak akan merasa murung, memberontak, kurang bertimbangrasa, tidak mesra dan berbagai-bagai sifat-sifat negatif yang lain dan jika ini disemai dalam diri sejak kecil ia akan menyumbang kepada masalah gejala sosial yang serius di dalam masyarakat akan datang.
Nabi s.a.w. pernah menegur orang yang tidak mempunyai kasih sayang terhadap anak-anak dengan sabdanya :
• Maksudnya : “Orang yang tidak punyai kasih sayang tidak akan dikasihi oleh Allah S. W. T.”
Riwayat Bukhari

9. HALAQAH MUHASABAH.
Ibubapa dan anak-anak hendak diperuntukkan satu waktu yang khas untuk melakukan muhasabah atau boleh juga dikatakan waktu untuk hati ke hati, samada mingguan, bulanan atau mengikut kesesuaian. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap ahli keluarga untuk mencurahkan perasaan yang terpendam atau masalah yang dihadapi dan bersama-sama berbincang untuk mencari jalan mengatasinya. Seterusnya ibubapa menilai diri meneka sendiri apakah tanggungjawab dan hak-hak yang wajib telah disempurnakan atau sebaliknya.

BEBERAPA KESILAPAN :
• Memberi nama yang tidak baik.
• Menyenahkan penjagaan anak kepada orang yang tiada asas agama.
• Menyerahkan penjagaan anak sepenuhnya kepada pembantu.
• Membiarkan anak membesar tiada mengetahui membaca Al-Quran.

No comments:

Post a Comment