Tuesday, March 9, 2010

 BEBERAPA NASIHAT LUQMAN TERHADAP ANAKNYA

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engaku inginkan selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah.Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat org lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga

3. Hai anakku: org yg merasa dirinya hina dan rendah didlm beribadat dan taat kpd Allah, maknanya dia tawadhu kpdNya, dia akan lebih dekat kpd Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Nya.

4. Hai anakku seandainya org tua mu marah kpd mu(kerana kesalahan mu), maka marahnya org tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman-tanaman.

5. Jauhkanlah diri mu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan diri mu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kpd Allah tentang sesuatu yg menyebabkan utk tidak menderhakai Allah. Takutlah kpd Allah dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmatNya.

7. Hai anakku: Seorg pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai org dan seorg yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yg tidak benar. Ketahuilah mmindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd org yg tdk mahu mengerti.

8. Hai anakku; Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu berat dan besi yg amat berat tetapi akan lebih lagi drpd itu semua, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga yg jahat.

9. Hai anakku; Janganlah sesekali engkau mengirimkan seseorg yg bodoh menjadi utusan. Maka bila tidak ada org yg cerdas dan pintar sebaiknya dirimu sendiri sajalah yg menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta sebab berdusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit saja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11. Hai anakku; Bila engkau menghadapi dua alternative atau dua kemungkinan,takziah org mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih utk menjenguk org mati. Sebeb menjenguk org mati itu akan mengingatkan kpd kampong akhirat, sedangkan menghadiri pesta pernikahan itu hanya mengingatkan dirimu kpd kesenangan duniawi saja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu melalaikan alangkah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing saja.

13. Hai anakku; Janganlah engkau langsung menelan saja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya barang, kerana yg manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan yg pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makanan mu bersama-sama dgn org-org yg bertaqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dgn para alim ulama dgn cara memohon nasihat kpdnya.

15. Hai anakku; Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya bagaikan seorg yg mencari kayu baker, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.

16. Kata Lukman kepada anaknya :
Wahai anakku ! Apabila engkau ingin mencari teman sejati maka ujilah terlebih dahulu dengan perkataan yang menaikan kemarahannya. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihati kamu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan dan jika bukan demikian, maka berhati-hati terhadapnya.

17. Perbaikilah tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.

18. Usahakan agar mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri, dan jika engkau berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.

19. Janganlah engkau cenderung dan sibukkan dirimu kepada hal dunia semata-mata sehingga melupakan akhirat kerana engkau diciptakan oleh Allah bukannya untuk urusan dunia saja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

20. Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat. Jangan engkau tendang dunia ke bakul sampah, kelak dirimu akan menjadi pengemis yang membebenkan orang lain. Jangan engkau bertemankan orang bodoh serta orang yang bermuka dua kerana akan membahayakan diri engkau.

21. Barang siapa yang penyayang sudah tentu ia akan disayangi, siapa yang suka berdiam diri tentu akan selamat daripada berkata-kata perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu ia akan menyesal.

22. Lukman seterusnya berkata:
Bergaullah dengan orang yang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata mereka kerana sesungguhnya akan sejuk hatimu apabila mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperolehi daripada mutiara kata-kata ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.

23. Janganlah engkau cenderung dan sibukkan dirimu kepada hal dunia semata-mata sehingga melupakan akhirat kerana engkau diciptakan oleh Allah bukannya untuk urusan dunia saja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

24. Pesan Lukman lagi :
Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan dan jangan menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan jangan engkau mensia-siakan harta duniamu.

No comments:

Post a Comment