Mengucapkan selamat atau tahniah atas kelahiran bayi.
Cth :
Moga-moga berkatlah anak yang baru lahir ini. Syukurlah yang dapat dipanjatkan kepada Allah yang mengurniakannya. Alangkah luasnya kepemurahan-Nya dan kerananya kamu telah mendapat limpahannya.
Mengazankan bayi.
Membacakan azan di telinga kanan dan membacakan iqamat di telinga kiri bayi itu.
Membacakan surah:
1.
2.
Mendoakan bayi ( di telinga kanan).
‘ Bahawasanya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipudaya syaitan. Berkatikan lah ia, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya.’
Memberitahu jiran dan sahabat handai.
Sunat memberitahu kepada jiran tetangga dan sahabat handai sebagai tanda kesyukuran dan gembira di atas kurniaan kelahiran anak.
Menghanakkan @ tahnik bayi yang baru lahir.
Iaitu mengusap mulut bayi di atas jari telunjuk dari bahagian sebelah dalam perlahan-lahan digerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri dengan kurma yang sudah dilembutkan atau makanan manis dan lembut spt madu dll sehinggalah isi tamar masuk ke dalam rongga tekak.
Mendoakan keberkatan untuk bayi itu.
‘ Bahawasanya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipudaya syaitan. Berkatikan lah ia, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya.’
Memberi nama
Masa untuk memberi nama boleh diberikan pada hari ke 3 @ pada hari ke 7 kelahiran @ pada hari pertama kelahiran.
Doa ketika memberi nama anak;
‘Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang Engkau redai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmu Mu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-Nabi Mu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkan lah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.’
Mencukur rambut
Boleh dilakukan pada hari ke tujuh selapas kelahiran. Disunatkan bersedekah dengan emas @ perak seberat timbangan rambut yang dicukurkan itu kepada fakir miskin jika berkemampuan @ atas kadar yg mampu dgn wang dsb.
Tidak boleh@ (di tegah syarak) mencukur:
1. mencukur secara bertompok-tompok
2. mencukur di tengah-tengah saja
3. mencukur di sekeliling saja
4. mencukur di hadapan saja
Aqiqah
Iaitu binatang yang disembelih ketika mencukur rambut kepala kanak-kanak yang baru dilahirkan.
Sunat muakad.
Binatang ternakan iaitu lembu (5 thn keatas), unta(5 thn keatas), kambing/biri-biri (2 thn ke atas) @ kibasy (1thn ke atas).
Sunat bagi seorang anak lelaki 2 ekor kambing @ kibasy sementara 1 ekor bagi anak perempuan.
Bagi seekor lembu @ unta dibahagikan kepada 7 bahagian, 2 bahagian bagi anak lelaki dan satu bahagian anak perempuan.
Aqiqah sunat dilakukan pada hari ke 7 setelah kelahiran anak. Boleh juga pada hari ke 4, ke 8, ke 10, ke 14, ke 21 @ selepas itu sehinggalah anak mencapai umur baligh maka gugurlah tuntutan aqiqah terhadap ayahnya dan sunat pula bagi anak itu sendiri mengaqiqahkan dirinya sendiri.
Daging sembelihan aqiqah sunat disedakahkan secara bermasak.
Tidak dibenarkan memecahkan tulang-tulang binatang yg diaqiqahkan tetapi dipotong mengikut sendi-sendinya.
Org yg mengaqiqah sunat membaca ;
‘Dengan nama Allah, YA Allah, YA Tuhan, bagiMu dan kepada MU aqiqah anak….(sebutkan nama anak yg diaqiqahkan).’
Berkhatan
Iaitu memotong selaput kulit yang menutup kepala zakar (lelaki) atau memotong sedikit daging yang tumbuh dalam faraj (perempuan).
Hukum sunat bagi lelaki dan baik utk perempuan.
Masa utk berkhatan afdal pada hari pertama kelahiran sehingga mereka mumaiyiz.
No comments:
Post a Comment