Tuesday, March 9, 2010

PROGRAM 2 : KAEDAH ASUHAN

OBJEKTIF :
Memberi ketahanan jelas tentang kaedah-kaedah asuhan bayi menurut Islam.

AKTIVITI :
1. MEMAHAMI PSIKOLOGI KANAK-KANAK.
Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nahl ayat 78 :
• Maksudnya : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur”.
FirmanNya lagi dalam surah Ar-Rum ayat 54 :
• Maksudnya : “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.

2. MENDODOIKAN ANAK DENGAN KALIMAH THOYYIBAH.
Kata-kata yang menimbulkan kecintaan kepada Allah S.W.T. dan Rasul serta Akhlak yang mulia
• Didodoikan dengan kalimah Syahadah.
• Didodoikan dengan Selawat kepada Rasulullah s.a.w.
• Didodoikan dengan nama-nama Allah S.W.T. yang baik-baik
Firman Allah Taal dalam surah Ibrahim ayat 24-26 :
• Maksudnya : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu utk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi, tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya”.

3. CERITA-CERITA TAULADAN, SIRAH DAN SEJARAH.
Anak-anak hendaklah sentiasa diperdengarkan dengan cerita-cerita dan kisah-kisah tauladan seperti kisah para Nabi, Sahabat-sahabat, Ulamak-ulamak, Masyitah, Qais Al-Qarni, Tha’labah, Alqamah, Barshishah dan lain-lain.

4. DOA.
Ibubapa hendaklah sentiasa mengamalkan doa-doa seperti doa harian dan mendidik anak-anak supaya membaca doa-doa tersebut. Antaranya ialah :
• Maksudnya : “Ya Allah wahai tuhan kami, tunjukkanlah kami akan kebenaran dan mudahkanlah kami mengikutinya dan tunjukkanlan juga kami akan kebatilan dan mudahkanlah kami untuk menjauhinya pula”.

5. MENGAMALKAN MEMBACA AL-QURAN.
Ibubapa hendaklah sentiasa mengamalkan mambaca Al-Quran terutamanya surah Al-Ikhlas, Al-Mi’wazatain, Al-Kauthar dan lain-lain serperti :
• Surah Toha ayat 1-8 :
• Maksudnya : “Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada dibumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi”.
• Surah Al-Israk ayat 82 :
• Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”.

6. KEWAJIPAN BERSAMA IBU DAN BAPA
Tugas asuhan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibubapa sepanjang masa dalam memastikan bimbingan dan asuhan menurut Islam.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah ayat 2:
• Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.

7. TIDAK MENYERAHKAN SEPENUHNYA PENGASUHAN ANAK KEPADA PEMBANTU.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
• Maksudnya : “Sesungguhnya Allah S.W.T. aka bertanya setiap orang yang diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab terhadap tanggungannya sama ada ia menjaganya atau mengabaikannya sehinggakan seorang suami dan bapa akan ditanya tentang ahli keluarga yang berada di bawah tanggungjawabnya”.
Hadis Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment